Terbalik 8 Kali, Kereta Ikmal Amry ‘Lost Control’ Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung

Niat hendak pulang ke kampung halaman terbantut selepas pelakon, Ikmal Amry terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Sabtu lalu.

terbalik 8 kali, kereta ikmal amry ‘lost control’ dalam perjalanan pulang ke kampung

Turut terlibat dalam kemalangan tersebut ialah isteri dan anaknya.

Ketika kejadian, mereka dilaporkan berada dalam perjalanan menuju ke kampung halaman di Melaka.

Namun, kereta yang dipandu Ikmal kemudian hilang kawalan sehingga terlanggar sebuah kereta lain.

“Allah uji saya dan nak ganti yang lebih baik. Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali.

 “Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk balik kampung. Ketika saya mahu ubah laluan ke kanan, saya terlanggar sebuah kereta hingga hilang kawalan.

“Alhamdulillah saya sekeluarga semua okey. Tidak mengalami sebarang luka, cuma mengalami sakit-sakit badan sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ikmal juga berkata dia syukur kerana mereka sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

Namun, dia menyifatkan kemalangan tersebut sebagai satu mimpi yang ngeri buatnya.

“Mimpi ngeri yang tak sanggup saya lalui tapi terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran.

“Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang,” ujarnya.

 

Sumber: Astro AWANI

 

ARTIKEL BERKAITAN