‘Isteri Saya Mudah Terkejut & Sentiasa Pegang Anak’ - Ikmal Amry Trauma

Pelakon Ikmal Amry, 28, mengaku dia masih trauma terhadap kemalangan jalan raya yang dilaluinya bersama isteri dan cahaya mata pertama mereka pada awal September lalu.

‘isteri saya mudah terkejut & sentiasa pegang anak’ - ikmal amry trauma

Menurut Ikmal, sehingga hari ini, dia dan isteri masih terngiang-ngiang dengan insiden ngeri itu sehingga dirinya kerap diserang ‘anxiety’ sejak itu.

“Selepas ditimpa kemalangan, saya jadi macam anxiety bila berjumpa dengan orang ramai.

“Perkara tersebut (anxiety) memang sampai sekarang menggangu dan menghantui saya dan isteri sebab kami masih teringat-teringat apa yang terjadi.

“Isteri jadi mudah terkejut dan sentiasa pegang anak bila masa tidur sebab masih teringat dengan insiden yang berlaku,” ujarnya.

Menurut Ikmal, pada ketika ini, dia dia masih belum mempunyai keberanian untuk memandu semula dan bergantung pada pembantu peribadi untuk melunaskan urusan harian yang memerlukan dia bergerak dengan kereta.

“Buat masa ini saya memang tak berani nak memandu sendiri. Kemana-mana saya pergi memang pembantu peribadi akan tolong hantarkan.

“Bila rasa nak bawa (pandu) kereta tu, saya akan overthinking (fikir buruk). Even (meskipun) jalan kaki pun saya rasa takut dan fikir bukan-bukan.

“Sebelum ni saya pernah saja kemalangan sendiri. Tapi, mungkin kali ini dengan anak kecil dan isteri, jadi perasaan risau dan trauma tu masih kuat dan terbawa-bawa sampai sekarang,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo