Walaupun sudah berpisah, pelakon Idzham Ismail tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri dan tidak menghalangnya untuk berjumpa anak-anak.
“Masih (bekas isteri berjumpa anak-anak) saya bukan seorang yang kejam untuk menghalang anak saya dari berjumpa dengan mak dia.
Jadi masih jumpa,” katanya di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Idzham masih tidak mengulas lebih lanjut mengenai perceraian dengan bekas isteri walaupun rumah tangga mereka kelihatan sangat bahagia.
“Tiada komen, jangan tanya saya,” ujarnya lagi.
Sumber: Kosmo