“Salah Saya Tak Boleh Didik Dia Dengan Baik” - Idzham Ismail Sah Bercerai Dengan Isteri

Kisah rumah tangga pelakon Idzham Ismail berakhir selepas disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Abilah Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

 

Namun, Idzham tidak mendedahkan secara terperinci punca perceraian mereka dan akui gagal untuk mendidik isteri dengan sempurna dan tidak mampu untuk mempertahankan rumah tangga mereka. 

 

 

 

 

“Ya, semuanya sudah selesai pagi tadi, saya tak mahu rujuk dan tawar hati.

 

“Dia pun mungkin tawar hati juga, jadi nak rujuk pun buat apa.

 

“salah saya tak boleh didik dia dengan baik” - idzham ismail sah bercerai dengan isteri

 

“Benda kecil sahaja sebenarnya, Jadi, tak nak mahu buka aib dan salahkan dia sebab saya juga salah tak boleh didik dia dengan baik,” katanya. 

 

Idzham juga akui sudah berusaha untuk memulihkan hubungan mereka sejak Julai lalu namun masih gagal dan punca perceraian mereka juga tiada kaitan dengan orang ketiga. 

 

Sumber: Kosmo