Ibu Zahirah Macwilson Sedih Anak Dihina, “Lagi Kakak Tengah Mengandung Sekarang..”

Ibu kepada pelakon, Zahirah Macwilson meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila anaknya dihina oleh seorang pelakon wanita negara ini.

ibu zahirah macwilson sedih anak dihina, “lagi kakak tengah mengandung sekarang..”

Menerusi Instagram Story, Maslinda berkata apa yang berlaku adalah ujian Allah dan berharap agar anak dan menantunya, Aiman Hakim Ridza dapat bersabar dengan apa yang terjadi.

 

“Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah kak @zahirahmacwilsin @aimanhakimridza.

“Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, memburuk-burukkan anak dan menantu mama.

“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak tengah mengandung sekarang.

“Don’t be sad ok, mama and ayah always here for you. We all love you so much,” demikian menurut ibu Zahirah menerusi hantaran di Instagram.

ibu zahirah macwilson sedih anak dihina, “lagi kakak tengah mengandung sekarang..”

Terdahulu, pelakon, Fatiya Latif dilapor menyindir Zahirah dengan membandingkan wajah pelakon wanita itu dengan dirinya ketika usia kecil.

 

Untuk info, Aiman Hakim pernah menjalin hubungan cinta dengan Fatiya, namun tidak berpanjangan sebelum beliau berkahwin dengan Zahirah pada 20 Feb 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees, 3.

ibu zahirah macwilson sedih anak dihina, “lagi kakak tengah mengandung sekarang..”

Zahirah juga kini sedang hamil anak keduanya bersama Aiman Hakim Ridza, dan dijangka akan bersalin pada penghujung tahun 2024.

 

Sumber: Instagram