Ibu Tiri Siti Sarah Mengaku Ada Waktu, Jatuh Air Mata Kerana Rindukan Arwah

Hampir setahun sudah sejak permata arena hiburan tanah air, Allahyarham Siti Sarah meninggalkan kita semua.

ibu tiri siti sarah mengaku ada waktu, jatuh air mata kerana rindukan arwah

Namun, ramai yang masih merindukannya, termasuk ibu tiri Allahyarham sendiri, Siti Fatimah Suberi yang pernah berkongsi hubungan rapat bersama arwah.

Siti Fatimah, yang juga mesra disapa Makde mengaku bahawa perasaan rindu itu akan terbit secara tiba-tiba di sela waktu.

“Kadangkala kalau teringat, tak semena-mena boleh menangis. Ada ketika bila rasa ‘down’, akan ingatkan dia. Iyalah, semua benda kami lakukan bersama.

“Bukan sahaja sebagai satu keluarga, tapi juga sebagai teman bicara tempat meluahkan apa sahaja,” katanya kepada portal akhbar tempatan.

“Hampir setahun dia tinggalkan kita semua, namun sampai hari ini perasaan rindu itu tidak boleh saya ungkap dengan kata-kata,” tambahnya.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN