“Jangan Banding Anakku Dengan Anak Orang Lain,” – Ibu Qistina Raisah

Pelakon remaja, Qistina Raisah sering menjadi perhatian ramai dek kerana terpalit dengan isu pemakaiannya yang dikatakan kurang sesuai dengan usianya yang masih 14 tahun.

“jangan banding anakku dengan anak orang lain,” – ibu qistina raisah

Sedar akan kecaman yang dilemparkan, ibu Qistina Raisah iaitu Roszana Aminuddin tampil meluahkan pendapatnya sendiri.

 

Menerusi kapsyen di Instagram Stories, ibu Qistina meminta agar orang ramai tidak membandingkan anaknya dengan individu lain.

“jangan banding anakku dengan anak orang lain,” – ibu qistina raisah

“Tolong jangan bandingkan anakku dengan anak orang lain. Tolong jangan katakan apapun tentang anakku yang kurang dimatamu.

“Jika kamu bilang peduli dan khawatir, sejatinya aku seorang ibu yang pertama kali peduli dan khawatir segala tentang anakku,” ujar beliau.

 

Dalam pada itu, Roszana berkata orang luar tidak seharusnya berkata apa-apa kerana tidak faham dengan apa yang mereka sekeluarga lalui dan perjuangkan selama ini. Namun, beliau akui masih banyak yang perlu beliau pelajari untuk memberi yang terbaik buat anaknya itu.

 

“Aku ibu yang masih terus belajar yang terbaik untuk anakku, aku tidak akan menyerah dan lelah untuk mengusahakan yang terbaik untuk anakku. Jika itu kurang dimatamu maka itu bukan urusanku,” kata beliau lagi.

“jangan banding anakku dengan anak orang lain,” – ibu qistina raisah

Sumber: Instagram