Ibu Neelofa Akui Sukar Lepaskan Anak Kesayangan

Ibu kepada figura berpengaruh, Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi mengenai isi hati terhadap anak kesayangannya itu yang kini telah pun selamat bergelar isteri orang.

ibu neelofa akui sukar lepaskan anak kesayangan

Menerusi satu entri di Instagram pada Isnin lalu, tulis Datin Noor Kartini, “Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati. Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancangan-Mu, atas rencana-Mu.

“Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang.

“Wahai anakku sayang Neelofa, taati dan sayangilah suamimu Haris dan serikanlah mahligai cintamu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

“Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak, Insya-Allah.”

Lanjutnya lagi, “Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.

“Doa mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayangku, berat tangan ini melepaskanmu sayang tetapi aku tahu ini aturan yang baik buatmu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbingmu ke jalan Allah.

“Mama sentiasa sayangkan cinta hati mama. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah.”

Sabtu lalu, Neelofa, 32, akhirnya menamatkan zaman bujang beliau bersama pasangan, PU Riz dengan sekali lafaz pada jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.

 

Sumber: [1]