Ibu Mentua Muatnaik Foto Bersama Puteri Sarah, Siap Sebut ‘Isteri Syamsul Yusof’

Umum sedia maklum akan kemelut rumah tangga yang dihadapi aktres, Puteri Sarah Liyana bersama suaminya yang juga pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

.

Puteri Sarah sebelum ini pernah mendedahkan keluarga mentua sentiasa memberikan sokongan kepadanya walau apa yang sedang berlaku.

.

Terbaru, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail telah berkongsi foto sedang makan tengah hari bersama menantunya Puteri Sarah dengan kapsyen memberitahu bahawa Puteri Sarah masih isteri kepada anak lelakinya, Syamsul Yusof.

.

“Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof. Alhamdulillah,” tulis beliau pada ruangan kapsyen.

ibu mentua muatnaik foto bersama puteri sarah, siap sebut ‘isteri syamsul yusof’

Hantaran itu nyata mencuri perhatian ramai dengan rata-rata netizen beranggapan kapsyen itu ditujukan kepada ‘orang ketiga’ yang menjadi penggangu rumah tangga mereka.

ibu mentua muatnaik foto bersama puteri sarah, siap sebut ‘isteri syamsul yusof’

Malah warganet turut memuji hubungan baik Puteri Sarah bersama keluarga mentua dan turut mendoakan agar hubungan mereka berkekalan dan bahagian selamanya.

 

 

Sumber: Datin Fatimah Ismail