Kesemua ibu bapa di dunia ini pasti teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. Pelbagai persiapan mesti akan dibuat untuk memeriahkan majlis anak mereka.
Namun, lain pula untuk sebuah keluarga ini apabila keseronokan menyambut ulang tahun kelahiran anaknya bertukar menjadi hiba dalam sekelip mata selepas ibunya dijemput ilahi sehari selepas majlis anaknya berlangsung.
Kisah ini telah dikongsi di Tiktok, menunjukkan pasangan suami isteri ini sangat teruja menyambut majlis anak mereka yang baru memasuki usia setahun, siap dengan hiasan dan hadiah.
Walau bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak itu meninggal dunia selepas meraikan ulang tahun pertama anaknya.
“Al-Fatihah Athirah Jaafar. Semoga ibu Yusuf ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yang soleh”, tulis kapsyen di Tiktok.
Menerusi perkongsian Allahyarhamah Athirah di akaun Facebook miliknya, dia sempat menitipkan doa agar anaknya Haider menjadi anak yang soleh.
“Barakallah Fii Umrik Haider Yusuf. Semoga menjadi anak yang soleh, yang bijak pandai, yang taat kepada kedua orang tua, disenangi orang ramai, diberikan kesihatan tubuh badan”, tulisnya.
Sumber: Tiktok @nzra_