Tunai Umrah Bersama Keluarga, Pulang Ke Tanah Air Tanpa Ibu

Dapat menjejak kaki di tanah suci Mekah bersama ibu bapa merupakan impian semua anak-anak. Menunaikan ibadah umrah atau haji juga mungkin merupakan sebuah memori gembira yang paling sukar dilupakan oleh seseorang. 

Lain pula yang terjadi di dalam sebuah video yang viral baru-baru ini, kelihatan seorang wanita yang berkongsi perjalanannya ke mekah bersama ibu bapanya, tetapi  ibunya kemudian meninggal dunia di Mekah selepas beberapa hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Sebelum itu, video tersebut memaparkan permulaan perjalanan mereka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga hari menunaikan ibadah di Mekah.

Tetapi, pada hari terakhir mereka berada di Mekah, keluarga ini dijuji dengan kesihatan ibu kepada wanita ini sehingga ibunya perlu dimasukkan ke hospital. 

Lebih menyedihkan, apabila doktor memaklumkan yang ibunya perlu ditidurkan kerana beberapa organ penting dalam badannya tidak berfungsi dengan baik. 

Selepas 10 hari dirawat di ICU, pihak hospital akhirnya memaklumkan kepada mereka yang ibunya telah meninggal dunia. 

Menurut wanita ini, pengurusan jenazah ibunya telah dijalankan di Tanah Suci Mekah dan jenazah juga disolatkan di Masjidil Haram bersama jenazah jemaah umrah yang lain dan dikebumikan di As Sharaya Mekah.

Sumber: Twitter @isusemasaviral