“Tahun Ni Takde Shooting Langsung, Ibu Sampai Kena Gadai Barang Kemas’ - Haneesya Hanee

Pelakon dan model Haneesya Hanee baru-baru ini akui ibunya terpaksa menggadaikan barang kemas demi kelangsungan hidup selepas dia tidak mendapat tawaran berlakon sejak awal tahun. 

Menurut Haneesya, walaupun dia sudah menghalang tindakan ibunya itu namun ibunya itu tetap berkeras dan sanggup  berbuat demikian sementara menunggu keadaan ekonomi mereka pulih.

“Tahun ini tiada ‘shooting‘ langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit tapi rezeki sentiasa ada yang saya pun tak tahu datang dari mana.

“Ada kala, ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia. Lepas tu, kalau ada duit saya pergi beli balik.

“Terkadang sampai marah dia jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak, dia jual juga,” katanya. 

Dalam pada itu, melihat semangat ibunya yang sanggup berbuat demikian demi menjaga anak-anaknya telah membuatkan Haneesya lebih bersemangat untuk bekerja dengan lebih keras lagi. 

Sumber: Kosmo