Ibu Mengandung Hanya Akan Diberi Vaksin Pfizer-BioNTech

Hanya vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung, menurut kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

ibu mengandung hanya akan diberi vaksin pfizer-biontech

Katanya, vaksin itu akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu seperti yang disyorkan oleh kumpulan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

"Atau mereka disyorkan ditangguhkan sehingga tempoh kehamilan. Sementara bagi ibu yang menyusu pun adalah sesuai diberikan vaksinasi," katanya.

Beliau juga telah meminta hospital dan pakar ibu dan anak untuk memberi keutamaan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung dalam tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

 

Ibu mengandung atau yang sedang menyusu dan telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, perlu memaklumkan kepada KKM tentang kondisi diri.

ibu mengandung hanya akan diberi vaksin pfizer-biontech

Sumber: Astro AWANI

 

ARTIKEL BERKAITAN