‘Aqish Dicabul Darah Daging Sendiri’ - Ibu Puteri Balqis Terkilan Anak Tak Dapat Pembelaan Sewajarnya

Ibu kepada pelakon Puteri Balqis akui terkilan apabila anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya atas  kes cabul dua tahun lepas. 

Menurutnya, dia harus bersuara selepas merasakan ketidakadilan terhadap anaknya. Malah, semakin ramai melemparkan kutukan termasuk agamawan yang menganggap pendedahan dibuat sebagai membuka aib.

“Untuk apa yang terjadi, sangat tidak adil untuk kami, kes bercerai tiada pula orang kata aib, tetapi apabila kes melibatkan cabul anak saya, semua orang masuk campur ibaratnya kami buka pekung sendiri.

 

 

“Kami menderita lebih 10 tahun kerana tiada siapa-siapa, rasa sangat tidak adil dan terbela. Kes kami yang sememangnya jenayah itu tiada pula dicanangkan satu Malaysia bahkan dikatakan fitnah.

“Jangan kata apa yang yang berlaku kepada saya dan anak sebagai aib, ini jenayah,” ujarnya. 

Menerusi video yang sama, ibunya berkata hanya orang yang berada di tempatnya sahaja yang akan faham  situasi dialami mereka. 

Selain itu, mereka tidak mahu meminta apa-apa selain keadilan serta layanan sama rata diberikan membabitkan kes yang menimpa dia dan anaknya.

Sumber: Kosmo