Hun Haqeem Akui Pernah Alami Masalah Mental, 10 Kali Jumpa Pakar!

Pelakon, Hun Haqeem mendedahkan beliau pernah mengalami masalah kesihatan mental beberapa tahun lalu.

hun haqeem akui pernah alami masalah mental, 10 kali jumpa pakar!

Ujar pemilik nama sebenar Haqeem bin Hermy ini, ada beberapa faktor termasuk masalah peribadi dan kerjaya yang menyebabkan beliau mengalami masalah mental ketika itu.

 

“Setiap orang akan mengalami masalah mental health ini, tidak kira dia seorang selebriti ataupun tidak. Itu dugaan daripada Allah. Saya sendiri pernah berdepan masalah mental health.

“Banyak isu dan punca menyebabkan saya berdepan masalah mental health, sepanjang tahun 2021 dan 2022 merupakan tahun yang mencabar untuk saya. Banyak perkara yang jadi namun saya tidak dapat kongsikan dengan terperinci.

“Namun sedikit yang saya boleh beritahu, sebagai seorang pelakon, ia melibatkan beberapa perkara ketika di lokasi penggambaran, banyak gunakan tenaga. Campur pula dengan masalah peribadi, itu adalah antara faktor saya alami masalah mental,” katanya kepada Astro Gempak.

 

Disebabkan masalah itu, Hun berkata ia telah mengubah sikap dan dirinya menjadi seorang yang berbeza.

hun haqeem akui pernah alami masalah mental, 10 kali jumpa pakar!

Namun katanya lagi, mujur keluarga dan rakan baik banyak memberi sokongan kepadanya ketika itu.

 

“Masalah mental ini kadang kita tidak boleh bergantung kepada agama sahaja, ada masa mental kita perlu pertolongan dengan berinteraksi dan dapatkan bantuan manusia juga, sekiranya berlaku lagi, saya perlu bangkit dan lawan.

“Saya berjumpa dan minta tolong juga dengan pakar psikiatri. Sebanyak 10 kali perjumpaan saya dengan pakar tersebut. Ia mengambil masa lebih setahun juga untuk saya pulih. Alhamdulillah sekarang saya bersyukur sangat semuanya kembali baik,” ujarnya.

 

Sumber: Astro Gempak