Ikut Adat Sarawak, Hun Haqeem Akan Pakai Baju Melayu Selama 7 Hari

Asal daripada Sarawak, pelakon Hun Haqeem akui masih mengikut tradisi memakai baju Melayu selama tujuh hari berturut-turut setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri.

Menurutnya, walaupun tradisi tersebut sudah lama tidak dititikberatkan generasi muda, namun bagi Hun tradisi memakai baju Melayu selama seminggu sudah dipupuk sejak kecil.

ikut adat sarawak, hun haqeem akan pakai baju melayu selama 7 hari

“Ikut budaya Sarawak, setiap kali raya, golongan lelaki perlu pakai baju Melayu setiap hari selama seminggu. 

“Saya sebenarnya kasihankan generasi akan datang jika budaya itu tidak diteruskan bersama,” katanya. 

ikut adat sarawak, hun haqeem akan pakai baju melayu selama 7 hari

Seiring dengan tradisi raya, Hun juga akan bercuti selama tujuh hari beserta dengan tujuh pasang baju Melayu untuk dipakai setiap hari.

“Saya cuti seminggu dan beraya di Sarawak. Seperti biasa, saya ada tujuh pasang baju setiap kali raya,” tambahnya.

Sumber: Kosmo