Hun Haqeem Akui Selesa Hidup Solo, Banyak Masa Boleh Luang Dengan Keluarga

Pelakon, Hun Haqeem, 25, mengakui kini masih belum mempunyai kekasih dan buat masa sekarang ini selesa hidup solo.

hun haqeem akui selesa hidup solo, banyak masa boleh luang dengan keluarga

Menurut pemilik nama sebenar Haqeem bin Hermy, beliau tidak tergesa-gesa untuk menamatkan zaman bujang, malah menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

 

“Dahulu, saya memang nak kahwin awal. Kalau jodoh datang, kenapa tidak? Lagipun ia adalah perkara yang baik.

“Tetapi sekarang, saya tidak meletakkan apa-apa sasaran (usia) untuk berkahwin. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah S.W.T. Percaturannya adalah yang terbaik,” katanya.

Jawapan Hun itu sekaligus meredakan khabar angin berhubung hubungan istimewa membabitkan dirinya bersama anak kepada seorang pelakon senior, yang tular baru-baru ini.

 

Ujar Hun, beliau bersyukur kerana kehidupan solonya memberi peluang untuk dia meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan juga memberi tumpuan pada kerjaya.

hun haqeem akui selesa hidup solo, banyak masa boleh luang dengan keluarga

Baca: Ben Amir Akui Masih ‘Solo’, Tertarik Dengan Wanita Pandai Masak dan Suka Bersenam

 

“25 tahun ini adalah fasa yang terbaik sebab saya dapat fokus kepada keluarga dan kerjaya. Kalau tidak dengan keluarga, mungkin saya gunakan kelapangan yang ada dengan sertai kelas lakonan.

“Bahkan, hidup solo adalah peluang untuk saya tambah baik kekurangan diri sebelum berumah tangga nanti,” jelasnya.

 

Sumber: Utusan