Hubungan Shila Amzah, Syada Dan Ibu Dilihat Sudah Kembali Jernih

Hubungan penyanyi Shila Amzah dengan ibunya Fauziah Sarman dilihat kembali jernih selepas mereka berkumpul bersama dalam sebuah majlis keluarga. 

Fauziah telah menghadiri majlis akikah cucunya, Rhea Akira yang merupakan anak kedua kepada Shila dan suami, Ubai. 

Bukan Fauziah sahaja, penyanyi Syada Amzah yang juga adik kepada Shila juga dilihat turut hadir ke majlis tersebut. 

Sebelum ini, krisis dalaman keluarga Shila bermula selepas Syada membuat luahan mencari rumah sewa kerana mendakwa bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.

Menjelaskan keadaan, anak sulung daripada empat bersaudara itu membuat balasan dalam sesi siaran langsung Instagram mendedahkan pelbagai perkara termasuk bekerja pada usia muda, selain pernah dikasari Syafiq yang juga abang penyanyi itu.

 

Sumber: Kosmo