Hubungan Harith, Dr. Jezamine Dilihat Masih Baik, Ramai Harap Jangan Bercerai

Walaupun kini dalam proses perceraian, pelawak Harith Iskander dan isteri, Dr. Jezamine Lim dilihat masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak.

Perkara ini dikongsi oleh  Dr. Jezamin menerusi foto ketika perlawanan sukan pickleball yang disertai mereka seisi keluarga.

 

 

“Perlawanan kedua saya dan kami menyertai kejohanan. Si kecil, Zydane sangat teruja.

“Dia adalah peserta paling kecil yang bertarung dengan peserta dewasa dan kami menang satu perlawanan,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam pada itu, ramai peminat mendoakan dan berharap pasangan ini akan mempertimbangkan semula keputusan mahu bercerai.

Sumber: Kosmo