HPKK UKM Tambah 200 Katil Bagi Rawat Pesakit COVID-19 Tahap 4 & 5

Sejumlah 200 katil tambahan disediakan untuk merawat pesakit Kategori 4 dan Kategori 5 COVID-19 di Hospital Pakar Kanak-Katil Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM).

hpkk ukm tambah 200 katil bagi rawat pesakit covid-19 tahap 4 & 5

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, buat masa ini HPKK UKM yang mula beroperasi merawat pesakit COVID-19 sejak Jun lalu memiliki kapasiti sedia ada 80 katil kritikal dan ICU.

Bagaimanapun, penambahan katil itu merupakan sebahagian daripada langkah berwaspada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menghadapi pandemik COVID-19 di kawasan Lembah Klang.

 

Sumber: [1]