Ekoran daripada peningkatan kes COVID-19 yang tinggi terutamanya melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah, Hospital Ampang kini bertuka status kepada Hospital Full COVID-19.
Penukaran status yang berkuatkuasa pada Rabu diputuskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), susulan purata penggunaan katil di hospital-hospital Zon Wilayah Tengah adalah melebihi kadar maksimum.
Ia termasuklah situasi bila mana Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.
Selain Hospital Ampang, satu hospital yang kini diletakkan dibawah status Hospital Full COVID-19 di Selangor adalah Hospital Sungai Buloh.
Status hospital sebagai Hospital Full COVID-19 memaksa semua rujukan pesakit Non COVID-19 dari fasiliti lain dihentikan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada hospital ini menerima pesakit COVID-19.
Sumber: Astro AWANI