Nia Ramadhani Anggap Pengalaman Dipenjara Sebagai Hikmah Terbesar Dalam Hidupnya

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menganggap kejadian hukuman penjara akibat kes penyalahgunaan dadah sebelum ini sebagai satu hikmah terbesar dalam hidupnya.

Menurut Nia, dia berharap agar orang ramai untuk mengambil insiden ini sebagai pengajaran dan mengingatkan untuk tidak berasa malu untuk mengaku salah. 

“Setiap orang ada masa lalu masing-masing, yang baik mahupun yang buruk. Setiap manusia ada perjalanan hidup mereka sendiri.

“Tak perlu malu dengan diri sendiri dan semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana.

“Kejadian itu turut membawa hikmah yang besar dalam hidup saya. Jangan pernah malu apabila sudah berbuat silap, biarpun seorang figura umum. Tiada manusia yang sempurna,” katanya. 

Sumber: Kosmo