Lebih Mudah Dijangkiti Gelaja COVID-19 Serius Jika Hidap Diabetes

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala COVID-19 yang serius, berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu.

lebih mudah dijangkiti gelaja covid-19 serius jika hidap diabetes

Menurutnya, orang ramai perlu berusaha membendung perkara ini daripada menular disebabkan penyakit diabetes yang sudah lama wujud dalam masyarakat kita.

.

"Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat," katanya.

.

Beliau turut mengingatkan orang ramai akan kepentingan untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang serta amalan hidup yang aktif.

.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati, peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN