Heboh Orang Sabah Sampai Ke Bulan, Tapi Sebenarnya...Dekat India Lah!

Kecoh baru-baru ini mengenai satu klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki lengkap berpakaian angkawasan dikatakan orang Sabah pertama ‘menjejakkan’ kaki ke bulan.

heboh orang sabah sampai ke bulan, tapi sebenarnya...di india lah!

Biarpun ia hanya satu hiburan, namun video itu menjadi tular sehingga mencapai lebih satu juta tontonan sejak dimuat naik dalam tempoh dua hari!

Hantaran itu dimuat naik menerusi akaun Facebook milik Rey Silver Prince dengan coretan yang berbunyi “Orang Sabah pertama sampai ke bulan”.

Bagaimanapun, video itu dipetik daripada rakaman lama yang dimuat naik sekitar 2019.

Memetik laporan portal berita tempatan, asal usul video tersebut akhirnya ditemui yang mana ia pertama kali dimuat naik oleh Rj shiv pada 2 September 2019 dengan kapsyen, “Moon Walk in India”.

Bagaimanapun, rata-rata ramai yang terhibur melihat video yang dimuat naik semula oleh pemuda yang dikenali sebagai Rey Silver Prince di Facebook itu.


Sumber: UtusanTV

ARTIKEL BERKAITAN