‘Kami Nak Enjoy Dulu’ - Hazama Dan Isteri Enggan Fikir Soal Anak Lagi

Penyanyi dan komposer terkenal, Hazama berkata dia dan isterinya, Genervie Kam telah memutuskan untuk menangguhkan rancangan untuk menjalani rawatan kesuburan, In Vitro Fertilization (IVF) atas komitmen kerjaya.

‘kami nak enjoy dulu’ - hazama dan isteri enggan fikir soal anak lagi

Menurut pelantun lagu “Sampai Mati” itu, mereka masih menunggu masa sesuai untuk melakukan rawatan tersebut.

“Perkara ini akan kami fikirkan semula tahun depan. Tahun ini, kami mahu ‘enjoy’ dahulu. Buat masa sekarang, keadaan masih belum mengizinkan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

“Saya dengan kerjaya seni, manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa yang semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah, rezeki selepas pandemik.

“Tahun depan, umur isteri sudah memasuki 43 tahun. Saya risau juga sebab selalu dengar, mereka yang hamil pada usia melebihi 40 tahun, risikonya agak tinggi,” ujarnya yang telah mendirikan rumah tangga bersama Genervie sejak lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Hazama berkata dia reda dengan ketentuan rezeki serta aturan tuhan.

“Kita doakan sahaja yang baik-baik. Kami sudah berusaha dan berdoa, malah pelbagai ikhtiar turut dilakukan, namun rezeki belum menyebelahi saya dan isteri.

“Jika ada, adalah… Tetapi, jika sebaliknya saya reda dengan ketentuan rezeki. Bagi saya, dalam setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Kami cuba seimbangkan perkara itu, selain sentiasa bersyukur.

“Saya okay sahaja, tiada masalah. Keluarga pun okay, malah mereka tidak memberikan kami tekanan untuk segera menimang cahaya mata. Tekanan itu selalunya datang daripada orang luar,” ujarnya.

 

Sumber: Utusan

ARTIKEL BERKAITAN