Pelakon Kamal Adli berkata kehadiran anaknya, Hawra Uqaira adalah anugerah terindah 2024 kurniaan Tuhan buat dirinya dan isteri, Uqasha Senrose.
“Sikit lagi nak masuk 2025. Alhamdulillah, Allah itu sebaik-baik perancang. Sejak kenal kemudian bercinta, melamar, bertunang dan kahwin, macam-macam kami lalui dalam graf kehidupan yang penuh pembelajaran.
“Proses hidup bersama banyak yang saya perlu belajar. Namun, apabila Allah hadirkan Hawra, itu ‘double’ anugerah Dia beri selepas Uqasha,” katanya.
Kamal juga akui kini kehidupannya sebagai seorang ayah telah banyak mengubah dirinya menjadi seseorang yang lebih matang.
“Naik satu lagi tahap sebagai suami dan ayah, sangat gembira. Terima kasih tahun 2024 atas terlalu banyak perkara yang boleh mematangkan seorang Kamal.
“Saya ingin ucapkan terima kasih tak terhingga pada Uqasha untuk diri awak dan Hawra.
“Manusia terbaik akan selalu jadi yang terbaik insya-Allah. Kita sama-sama jalani kehidupan ini dengan baik atas jalan Allah. Anugerah terindah yang pernah ku miliki. Terima kasih Allah, keluarga dan Uqasha,” jelasnya.
Sumber: Kosmo