Pelakon Nora Danish akui bersyukur apabila diberikan hidayah untuk dirinya berubah ke arah kebaikan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Saya percaya perubahan ini adalah untuk Allah. Dia yang gerakkan hati saya. Kawan-kawan juga memainkan peranan penting terutama Betty Rahmat yang tidak pernah jemu mengajak saya ke majlis ilmu meskipun saya rasa sangat jahil ketika itu.
“Selain itu. Saya rasa masalah yang dihadapi ketika itu tidaklah sebesar mana seperti apa yang orang lain hadapi. Macam krisis rumah tangga, hanyalah kecil sahaja.
“Namun masih saya ingat, masa itu diri betul-betul nak sangat berubah. Satu tahap, masuk usia 40 tahun, saya dah mula tak suka dengan kehidupan lama,” katanya.
Menurut Nora lagi, dorongan untuk dirinya berubah semakin kuat selepas dia mula merasakan kekosongan dalam hati dan jiwa.
“Sebelum ini, saya fikir kehidupan lama itu adalah satu-satunya pilihan. Berparti dan pelbagai aktiviti lain terasa biasa tetapi dalam hati, ada sesuatu yang hilang.
“Saya mula membaca satu zikir yang mengajar tentang mencintai Allah. Setiap hari saya baca, solat, dan berdoa sambil menangis meminta kepada-Nya. Alhamdulillah, perlahan-lahan Allah bukakan pintu hati saya,” tambah Nora.
Sumber: Kosmo