Penyakit HFMD Makin Meningkat, Hati-Hati Guna Tandas Awam

Orang ramai khasnya ibu dan bapa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan tidak mengabaikan aspek kesihatan terutamanya ketika menggunakan tandas awam.

 

Ini adalah kerana penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin meningkat dalam negara, melibatkan golongan kanak-kanak.

penyakit hfmd makin meningkat, hati-hati guna tandas awam

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, perkongsian tandas awam boleh menjadi punca penyakit itu menjangkiti individu lain melalui bendalir tubuh seperti air liur, hingus dan juga najis.

.

"Selain menerusi saluran pernafasan ia juga boleh dijangkiti menerusi najis. Misal kata sekiranya kebersihan tidak dijaga terutamanya ketika balik ke kampung, travelling atau mengunjungi tempat-tempat tertentu, mereka yang dijangkiti jika tidak menjaga kebersihan ia boleh menjangkiti individu-individu lain.

"Jika berlaku interaksi sosial atau berkongsi tandas awam yang sama, berkemungkinan akan mendapat jangkitan jika kebersihan tidak dijaga," katanya.

.

Katanya lagi, ibu dan bapa seharusnya tidak menyalahgunakan cuti kuarantin yang diberikan jika anak mereka mengalami HFMD, susulan ada sebilangan ibu bapa yang gagal mematuhi cuti kuarantin berkenaan disebabkan sambutan hari raya baru-baru ini.

.

"Ada yang ibu bapa yang masih keluar dengan anak-anak mereka yang sedang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat yang dikunjungi ramai seperti restoran, pusat beli belah dan tempat-tempat awam di mana akan berlaku interaksi antara individu terutamanya kanak-kanak, kerana untuk memantau pergerakan mereka," katanya.

penyakit hfmd makin meningkat, hati-hati guna tandas awam

Terdapat peningkatan 12.8 kali ganda sehingga minggu epidemiologi (ME) 17/2022 bagi kes jangkitan HFMD. Malah untuk tempoh itu juga, sebanyak 22,463 kes dilaporkan di seluruh negara, berbanding hanya 1,752 kes bagi ME 17/2021.

 

Sumber: [1]