“Tak Halang Kalau Anak Nak Kahwin Awal, Yang Penting..” - Apak

Jika anda rajin menyelusuri laman sosial, pasti anda pernah mendengar lagu yang tular berjudul ‘Sayunk I Love You’ ini.

 

@harry_khalifah Chombi LIVE " Sayunk i Love U " Di semenyih.. Terima kasih buat Semua TikTokers Yg Support lagu Chombi sehingga Trending no 1 Di Youtube 🌹.. Korang Memang Best... Apak tengah Rangka Versi Lelaki pulak.. Sayunk im Sorry.. Ada siapa yg nak cuba.?? #chombi #sayunkiloveu #fyp ♬ bunyi asal - Apak 🇲🇾

 

Lagu nyanyian penyanyi bernama Chombi ini rupanya adalah anak gadis kepada komposer popular, Harry Khalifah dan masih berusia 15 tahun!

“tak halang kalau anak nak kahwin awal, yang penting..” - apak

Menurut Harry atau lebih mesra dengan panggilan Apak, selepas lagu Chombi ini tular semakin ramai lelaki yang cuba mendekati anaknya itu dan mahu berkawan dengannya.

 

“Ramai juga yang nak berkenalan dengan dia, ada penyanyi datang jumpa saya beritahu minat dengan Chombi, sampai tak boleh nyanyi kalau ada Chombi.

“Bagi saya dia masih bawah umur. Kalau nak berkawan biasa tiada masalah tapi kalau serius nak melamar itu masih belum sesuai.

“Kalau ikutkan saya bukanlah ayah yang cerewet, kalau dia nak berkahwin awal saya tak halang dan tiada syarat apa pun yang penting baik dan boleh pimpin dia,” ujar Apak kepada pemberita.

“tak halang kalau anak nak kahwin awal, yang penting..” - apak

Chombi, atau nama sebenarnya Siti Maryam berkata, setiap kali dia menerima mesej peribadi atau didekati mana-mana lelaki, dia akan memaklumkan perkara itu kepada bapanya.

 

“Saya akan beritahu ayah atau emak kalau ada orang nak berkawan.

“Selalunya ayah garang sikit kalau bab-bab lelaki, dia akan tanya siapa dan macam-macamlah. Dia selalu ingatkan saya jaga diri dan masih belum sesuai untuk bercinta,” kata Chombi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @sitimaryam_chombi

 

Ujar Chombi lagi, dia hanya boleh menyanyi jika ada bapanya di pentas yang sama kerana masih belum ada keyakinan untuk melakukan persembahan pentas sendirian.

 

Single berjudul Sayunk I Love You kini mendapat sambutan luar biasa meskipun baru tiga minggu ia dilancarkan.

 

Sumber: Kosmo!