Harimau Malaya Ke Piala Asia!

Penantian Malaysia selama 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia berakhir.

 

Lama oii 40 tahun! 4 dekad! Dah mungkin ada 3 generasi yang tak tengok Malaysia layak ke Piala Asia secara merit.

 

Kali terakhir Malaysia beraksi pada Piala Asia adalah pada 2007, tapi waktu itu kita dapat slot sebagai tuan rumah bersama.

 

Maknanya layak automatik la, bukan layak secara merit.

 

Harimau Malaya tempah slot ke Piala Asia 2023 selepas benam Bangladesh 4-1 pada aksi terakhir kelayakan kumpulan E.

 

harimau malaya ke piala asia!

 

Berdebar tengok game malam tadi, tapi prestasi anak buah Kim Pan-gon layak diberi pujian!

 

Kita dapat tengok banyak perubahan dalam taktikal dan corak permainan skuad negara hasil bimbingan Kim Pan-gon.

 

Asakan demi asakan oleh pemain Harimau Malaya di depan gawang gol Bangladesh buat ramai yang berpeluh tak kira lah di stadium atau yang tengok TV kat rumah.

 

Ultras Malaya macam biasa, tak pernah menghampakan dengan sorakan dan tifo semata-mata untuk naikkan semangat pemain kebangsaan kita.

 

Lebih 50,000 penyokong menyaksikan detik bersejarah ni dan boleh nampak reaksi bangga, terharu dan teruja mereka bila wisel penamat ditiupkan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun hadir untuk sama-sama beri sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan.

 

Ramai yang beri pujian kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon atas kejayaan malam tadi.

 

harimau malaya ke piala asia!

 

Tapi dia akui kejayaan ni hasil kerja keras semua pihak termasuklah kerajaan, kelab Liga Malaysia, FAM dan penyokong bola sepak tempatan.

 

Sejak dari awal lagi Kim Pan Gon sentiasa beri semangat kepada anak buahnya. Tak ada sekali pun dia mengkritik pemain secara terbuka.

 

Kita boleh nampak prestasi Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syameer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad kembali berada pada tahap terbaik.

 

harimau malaya ke piala asia!

 

Jangan dilupa sumbangan daripada pemain seperti Darren Lok, Faisal Halim dan otai, Safiq Rahim. Semuanya bekerja keras tanpa mengenal penat semata-mata untuk memastikan Malaysia melayakkan diri. Tahniah kepada pemain semua!

 

Tak sabar nak tunggu tahun depan!

 

Diharapkan semua pemain dapat kekalkan momentum kemenangan ni hingga tiba kejohanan sebenar nanti.

 

Kita sebagai rakyat Malaysia pun kena bagi sokongan padu.

 

Jangan sokong masa menang je, bila kalah habis semua carutan keluar dekat media sosial.

 

Tak baik tau! Sikap tu kena buang jauh-jauh kalau nak Malaysia menang, okay!

 

Akhirnya selepas 4 dekad, kita boleh ungkapkan kata-kata "Malaysia layak ke Piala Asia secara merit!

 

Oleh Izzati Amir

ARTIKEL BERKAITAN