Hari Pertama Persekolahan, 36 Pelajar Di Sabah Dilaporkan Positif COVID-19

hari pertama persekolahan, 36 pelajar di sabah dilaporkan positif covid-19

Semalam merupakan hari pertama pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam kembali ke sekolah untuk meneruskan sesi pembelajaran.

Bagaimanapun, baru hari pertama, sudah terdapat 18 pelajar yang didapati positif virus tersebut di Sabah. Orang ramai bertambah risau apabila jumlah itu meningkat kepada 36 orang pelajar untuk hari semalam.

Perkara ini dilaporkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun. Menurut beliau juga, mereka dikesan positif dalam saringan yang dijalakan sebelum dibenarkan pulang ke asrama pada 16 Januari. Buat masa ini para pelajar itu ditempatkan di pusat kuarantin.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menyediakan perkhidmatan Internet di setiap pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah di seluruh negeri Sabah.

"Pelajar-pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian," katanya.

Sumber: SYOK English,  Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN