Selepas kenaikan beberapa harga barangan dan bahan mentah, nampaknya kita mungkin berdepan pula dengan kenaikan harga ubat-ubatan untuk bekalan dalam negara.
Kenaikan harga ubat-ubatan untuk bekalan dalam negara dijangka meningkat antara lima hingga tujuh peratus tahun ini berdasarkan faktor semasa.
.
Antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan tersebut adalah seperti kenaikan harga bahan mentah yang diimport bagi menghasilkan ubat-ubatan.
.
Selain itu, ketidakstabilan ringgit serta peningkatan kos logistik turut menjadi faktor kepada peningkatan harga ubat ini.
.
“Harga bahan mentah sebenarnya telah naik sejak tahun 2020 lagi. Akan tetapi situasi semasa pasaran tidak membenarkan pelarasan harga.
“Syarikat lain pun tidak naikkan harga. Kalau kita naikkan harga pasti pengguna cari alternatif yang lain. Namun, sekarang kita terpaksa menaikkan harga tersebut berdasarkan faktor yang dinyatakan,” kata Ketua Pegawai Operasi (COO) Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech), Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid.
.
Beliau juga berharap ada pihak yang akan berusaha menstabilkan peningkatan harga bahan mentah ubat-ubatan bagi mengelakkan kenaikan lebih tinggi pada masa hadapan.
.
Sumber: [1]