Harga Rumah Dijangka Meningkat 5 Hingga 20 Peratus

Ekoran daripada kenaikan harga bahan mentah, harga jualan bagi perumahan di negara ini juga dijangka akan mengalami peningkatan antara lima hingga 20 peratus.

harga rumah dijangka meningkat 5 hingga 20 peratus

Peningkatan ketara harga bahan mentah seperti konkrit yang melonjak kepada RM258 semeter padu dan bar keluli kepada RM4,100 satu tan menjadi faktor kepada peningkatan harga rumah menjelang hujung tahun ini.

.

Di samping itu, harga bumbung logam dan c-purlin telah meningkat masing-masing sebanyak 60% dan 95%.

harga rumah dijangka meningkat 5 hingga 20 peratus

“Kenaikan mendadak dalam kos bahan binaan akan memberi kesan kepada harga jualan bekalan masuk hartanah sekurang-kurangnya 5% hingga 20%, bergantung pada saiz dan lokasinya.

"Kenaikan harga jualan tidak dapat dielakkan kerana pemaju sudah membayar lebih banyak untuk bahan mentah mereka," kata Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan, Tan Hun Beng.

.

Menurutnya lagi, tidak banyak pelancaran hartanah dibuat pada tahun 2022 disebabkan kos pembinaan yang tinggi.

.

Menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), kira-kira 54,836 rumah akan memasuki pasaran hartanah Pulau Pinang dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

.

Laporan Napic menunjukkan bahawa kira-kira 79% daripada rumah baharu adalah mampu milik dan berharga dari RM300,000 dan keatas.

.

Pada masa ini, sebuah kondominium dengan keluasan lebih 1,000 kaki persegi di daerah Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang masing-masing berharga kira-kira RM680,000 hingga RM800,000 dan RM480,000 hingga RM600,000.

.

Sumber: [1]