Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Isteri Buka Tudung, Tak Benar Anis Sofea Beri Kenyataan

Sebelum ini, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea telah mengejutkan orang ramai apabila bertindak untuk tampil tidak lagi bertudung serta mendedahkan bahagian rambutnya kepada umum.

isteri haqiem rusli padam gambar di instagram, hanya tinggal foto nampak rambut

Dalam isu ini, sudah tentu Haqiem Rusli menjadi sasaran media dan juga netizen yang mahukan penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu.

 

Menurut Haqiem, beliau enggan memberitahu punca sebenar mengapa isterinya memilih untuk tidak memakai tudung lagi. Ujarnya, perkara itu tidak perlu lagi dipanjangkan dan biarlah ia menjadi ‘rahsia peribadi’ antara mereka suami dan isteri.

haqiem rusli enggan dedah punca isteri buka tudung, tak benar anis sofea beri kenyataan

Mengulas lanjut, Haqiem berkata semasa awal kemunculannya dalam industri seni, dia sendiri pernah melalui fasa berdepan dengan komen-komen netizen, hingga kini dia sudah tahu ‘permainan’ mereka.

 

“Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.

“Bagi saya, kalau nak beri nasihat, ada fasa-fasanya. Apa yang baik kita ambil dan perbaiki. Saya tegaskan sekali lagi, saya tak kata kami benar, mana yang ok, kami ambil,” kata Haqiem.

 

Cubaan wartawan untuk mendapatkan komen daripada Anis Sofea juga gagal selepas Haqiem sendiri enggan membenarkan isterinya itu memberikan sebarang komen.

 

“Biarlah benda ni saya hadap seorang. Saya tak nak libatkan mana-mana pihak. Mungkin sebab saya juga dia dapat publisti besar. Biar saya sahaja yang hadap.

“Berkenaan akan bawa ke majlis-majlis terbuka selepas ini, saya sebagai suami kalau tak ajak dia… itu dah kecilkan hati dia. Mana lebih bagus? Ajak atau tak ajak?

“Doakanlah, mungkin benda boleh kembali baik seperti dahulu,” demikian menurut Haqiem lagi.

 

Sumber: Gempak