Mulai Hari Ini, Hanya Surat Kementerian, Agensi Tertentu Dibenar Lepas Sekatan Jalan Raya

Bermula hari ini, 8 Jun 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan daripada enam kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja semasa sekatan jalan raya (SJR).

mulai hari ini, hanya surat kementerian, agensi tertentu dibenar lepas sekatan jalan raya

Surat pengesahan itu adalah sebagai bukti untuk membenarkan pergerakan pekerja dari kediaman ke tempat kerja.

 

"Orang ramai diingatkan agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah disenaraikan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

 

Enam kementerian yang terlibat adalah:

  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI): sektor pembuatan dan perkhidmatan
  2. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT): sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
  3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) : sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi
  4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC): pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah
  5. Kementerian Dalam Negeri
  6. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM): perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier serta penyiaran.

 

Tambahnya lagi, dokumen pengesahan hendaklah bertarikh 1 Jun 2021 dan pihak yang tidak mempunyai dokumen sah atau telah tamat tempoh akan diarahkan berpatah balik.

 

PDRM juga akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri.

 

Sumber: Astro AWANI