Pelakon, Hannah Delisha mengakui dirinya sedang berusaha menjaga batas sebagai seorang wanita yang berhijab dan juga isteri, khususnya ketika menjayakan sesebuah adegan bersama pelakon lelaki.
Ujar pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 26, beliau mengakui memegang tangan bukan mahram adalah salah namun dia tidak dapat mengelak situasi itu berlaku disebabkan tuntutan kerjaya di set penggambaran.
“Saya sudah fikir dan bincang dengan suami mengenai hal ini dan tahu pegang tangan lelaki lain itu salah.
“Tetapi, ini adalah kerjaya saya sebagai pelakon sebab drama ini banyak adegan kena pukul, jadi sukar kalau tidak boleh pegang. Sebabnya, mesti akan tersentuh juga.
“Apapun saya buat atas dasar tanggungjawab sebagai pelakon untuk menjayakan watak tersebut dengan baik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hannah dan suaminya, Imam Shah sudah membuat perancangan rapi untuk memiliki anak, namun berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.
Sumber: Utusan