Hannah Delisha Selalu Ingatkan Diri Sebab Pilih Untuk Berhijab, “Tiada Siapa Boleh Paksa..”

Pelakon jelita, Hannah Delisha, akui sentiasa ingatkan dirinya untuk terus beristiqamah dalam berhijab.

hannah delisha selalu ingatkan diri sebab pilih untuk berhijab, “tiada siapa boleh paksa..”

Menurut pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, untuk kekal berhijab adalah satu ujian buat wanita dan adalah normal untuk ada pasang surutnya dalam kekal beristiqamah.

 

"Saya rasa setiap wanita memilih untuk berhijab ada ketika istiqamah bergegar juga. Ia normal dan sebahagian hidup.

"Itu juga satu ujian buat wanita, jadi untuk kekal istiqamah perlu selalu ingat diri mengapa memilih berhijab.

"Saya tetapkan itu sebagai peringatan setiap kali rasa macam kurang sedikit rasa istiqamah," katanya.

hannah delisha selalu ingatkan diri sebab pilih untuk berhijab, “tiada siapa boleh paksa..”

Isteri kepada Imam Shah ini berkata, beliau bersyukur suaminya sering ingatkan dirinya agar terus beristiqamah.

 

"Secara jujurnya, apa yang penting adalah pergaulan dan rakan sekeliling sangat penting.

"Kawan-kawan beri motivasi, rasa positif dalam diri. Saya rasa itulah membantu dalam perjalanan untuk istiqamah seseorang.

"Kita perlukan insan yang terus menyokong perjuangan. Saya juga bersyukur ada suami yang selalu ingatkan saya mengenai perkara ini," katanya lagi.

 

Tambah Hannah, ikhlas adalah satu perkara penting dalam diri seorang wanita untuk terus beristiqamah berhijab.

hannah delisha selalu ingatkan diri sebab pilih untuk berhijab, “tiada siapa boleh paksa..”

"Untuk berhijab, tiada siapa yang boleh paksa. Kalau rasa dipaksa, keikhlasan tidak datang daripada hati.

"Diri kita sendiri akan merasai perkara itu kerana apa yang dilakukan kerana Allah. Jika itu yang diniatkan, insya-Allah ia kekal selamanya.

"Tapi seperti apa yang saya cakap, dunia ini penuh dengan ujian. Ia normal, kita manusia tak sempurna, ada masa jatuh dan bangun," kata Hannah yang mula mengenakan hijab pada hujung tahun 2020 lagi.

 

Untuk info, tahun 2023 menyaksikan segelintir pelakon dan selebriti yang memilih untuk tidak berhijab, hingga mendapat perhatian ramai. Antaranya adalah seperti Mawar Rashid, Masya Masyitah dan juga Alya Iman.

 

Sumber: BH