‘‘Saya Juga Ada Masalah Peribadi Seperti Orang Lain,’’ Hannah Delisha Mohon Ruang Peribadi

Baru-baru ini, pelakon Singapura, Hannah Delisha, 25, dihimpit dengan kontroversi sejak melangsungkan perkahwinan dengan Imam Shah, 32, serta dikatakan tidak mendapat restu dari ibunya.

‘‘saya juga ada masalah peribadi seperti orang lain,’’ hanna delisha mohon ruang peribadi
 
Hannah yang selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Feb lalu dalam satu kenyataan memohon maaf dan meminta ruang peribadi buat dirinya berhubung kontroversi berkenaan.

 
"Saya memohon maaf atas perhatian yang tidak dikehendaki terhadap saya pada ketika ini. Ya, saya juga memiliki masalah peribadi seperti orang lain.
 
"Sekali lagi, saya mohon maaf atas berita yang tidak menyenangkan mengenai saya dan keluarga. Anda layak menerima perkara lebih baik berbanding kisah ini daripada saya. Apa yang dipinta adalah doa anda dan berikan saya ruang peribadi ketika diuji ini," katanya.


Tambahnya lagi, beliau sebolehnya tidak mahu kisah peribadinya menjadi perhatian, sebaliknya mahukan cerita kerjaya lebih ke depan.
 
"Sejak menyertai bidang lakonan, niat saya cuma untuk menghiburkan anda iaitu peminat menerusi hasil kerja, bukannya berkenaan isu peribadi.
"Saya seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terbabit dalam sebarang gosip demi menjaga nama baik negara sendiri. Saya berharap untuk sentiasa berada di atas paksi ini," katanya.


Spekulasi mengenai perkahwinan Hannah bersama Imam pada 18 Feb yang lalu timbul selepas ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad memuatnaik puisi berbentuk luahan hati, Hikayat Antah Berantah yang dipercayai dituju kepada Hannah di Instagram, baru-baru ini.

 
Ia bertambah hangat apabila ibunya itu turut meletakkan tanda pagar #ibutakrestu dalam hantaran itu.


Malah, ibu mertua Hanna juga berkongsi hantaran berbentuk sokongan agar menantu dan anak lelakinya terus kuat berdepan dengan ujian.

 
Sumber: HMetro