Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes harian tertinggi pernah dicatatkan pada 25 Mei iaitu sebanyak 7,289, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia melonjak kepada 525,889 kes.
![rekod baru kes harian covid-19 di malaysia kini cecah 7,289](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e2n3akoucaq0guk.jpg)
Setakat 25 Mei juga, hampir kesemua kawasan di Semenanjung Malaysia berada dalam zon merah COVID-19, dan hanya beberapa kawasan dalam zon jingga dan kuning.
![hampir semua kawasan di semenanjung zon merah covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e2o65yeviaaz4fo.jpg)
Bagi kawasan di Sabah dan Sarawak, masih ada kawasan yang masih dalam zon hijau COVID-19 seperti Limbang dan Telang Usan di Sarawak dan Sipitang, Timbunan, Nabawan, Tongod, Telupid dan Beluran di Sabah. Kawasan-kawasan lain di negeri ini masih dalam zon merah, jingga dan kuning.
![hampir semua kawasan di semenanjung zon merah covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e2o65lavuacepdp.jpg)
Sumber: KKM