Dah Hampir Penuh, KKM Kongsi Keadaan Semasa Wad Pesakit COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus berkongsi situasi sebenar yang dihadapi banyak hospital di negara ini.

dah hampir penuh, kkm kongsi keadaan semasa wad pesakit covid-19

Menurut KKM, hampir semua katil yang ada di hospital kini penuh dan mencapai kapasiti maksimum seperti yang berlaku di Hospital Kajang, Ampang, Selayang, Sungai Buloh dan hospital-hospital COVID-19 yang lain.

 

Memetik hantaran KKM di Facebook, meskipun keadaan katil sudah hampir penuh, sistem kesihatan di Malaysia masih belum lagi sampai ke tahap perlu memilih siapa yang perlu berada di atas katil Unit Rawatan Rapi (ICU).

dah hampir penuh, kkm kongsi keadaan semasa wad pesakit covid-19

Tambah KKM lagi, petugas barisan hadapan juga tidak ke mana-mana dan sentiasa ada di wad ICU untuk merawat pesakit meskipun pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

dah hampir penuh, kkm kongsi keadaan semasa wad pesakit covid-19

"Cuma satu sahaja yang dipinta daripada seluruh rakyat Malaysia, patuhlah pada peraturan yang telah ditetapkan. Jaga diri, jaga keluarga kita. Jangan biarkan keluarga kita menjadi salah seorang yang berada di wad ICU ini," tulis KKM pada kapsyen.

 

 

Sumber: KKM

 

ARTIKEL BERKAITAN