Selepas bersara dari dunia lakonan, Hairul Azreen kini memilih untuk menjadi pemain profesional sukan atas talian pasukan Selangor Red Giants Esports.
“Alhamdulillah, selepas berhenti berlakon sekarang saya dipilih menjadi pro player (pemain profesional) pasukan merah kuning iaitu Selangor Red Giants Esports.
“Saya sebagai pemain lorong tengah, simpanan. Saya akan lakukan yang terbaik. Jumpa pada Februari 2025 nanti,” katanya
Dalam pada itu, Hairul juga akui gembira dapat menyarung kembali jersi pasukan Selangor selepas 20 tahun.
Sumber: Kosmo