Hairul Azreen Pernah Ditolak Pelakon Lelaki Popular Sebab Nak Bergambar

Hairul Azreen mendedahkan beliau pernah berdepan dengan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sebelum beliau bergelar pelakon.

hairul azreen pernah ditolak pelakon lelaki popular sebab nak bergambar

Menurut Hairul, pernah suatu ketika dahulu beliau berpeluang untuk bertemu dengan seorang pelakon lelaki popular dan mahu bergambar dengannya.

 

"Ada satu kejadian yang saya ingat sampai hari ini. Ada satu artis ini, masa itu saya pakai 'handphone' 6600. Saya cakap 'bang nak ambil gambar'.

"Dia panggil, duduk sebelah dia. Lepas itu, tahu tak 'handphone' itu kalau ambil gambar kena tunggu tiga saat baru dia klik.

"Orang yang ambil gambar ini pun boleh tahan juga. Dia ambil, dia tekan, dia letak tepi. Jadi gambar itu macam kabur dan 'blur'," katanya.

 

Hairul kemudian cuba meminta untuk bergambar semula dengan pelakon lelaki terbabit, namun terkejut apabila idolanya itu menolak tubuhnya ke tepi.

hairul azreen pernah ditolak pelakon lelaki popular sebab nak bergambar

"Dia tolak saya, dan hati saya yang minat dia macam 'kau la idolah aku' hancur. Perasaan saya masa itu, 'kalau aku jadi artis, siapa nak ambil gambar dengan aku, aku takkan tolak sebab kau'," katanya.

 

Menurut Hairul, selepas dia kini popular sebagai pelakon, pelakon lelaki terbabit pernah cuba berbaik-baik dengannya.

 

Bagaimanapun, Hairul tidak mendedahkan siapakah gerangan pelakon lelaki berkenaan dan biarlah ia menjadi rahsia untuk dirinya sahaja.

 

Sumber: HMetro