"Tak Merajuk Cuma Sibuk Uruskan Bengkel Kereta”- Haida Hasnan

Bintang Gegar Vaganza 9, Haida Hasnan nafi dakwaan kononnya merajuk atau bersara dalam industri seni tanah air.

tak merajuk cuma sibuk uruskan bengkel kereta”- haida hasnan
Tetapi sebaliknya dia sibuk menguruskan perniagaan iaitu membuka bengkel kereta dan motor di Melaka. 


Dia menceburi bidang perniagaan kerana mahu mengubah nasib dengan lebih baik dan mencuba sesuatu yang baru.


“Sepanjang saya menyanyi, saya selalu terfikir, sampai bila nak teruskan kerjaya dalam bidang ini.
“Kalau saya tidak lakukan sesuatu, mungkin pendapatan saya terjejas kalau hanya fokus satu bidang sahaja.
“Oleh itu, saya ambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka bengkel kereta dan motor.
“Sebelum saya buka bengkel kereta dan motor, saya ada juga buat bisnes pengurusan acara dan katering, namun bisnes bengkel memberikan saya rezeki yang terbaik,” katanya kepada portal Syok.my.


Dalam pada itu, Haida menambah keputusan dia menyertai Gegar Vaganza 9 disebabkan bersedia dengan sepenuhnya.


Sebelum ini, Haida beberapa kali menerima tawaran untuk menyertai program ini namun ditolak atas faktor-faktor tertentu.


“Haida bersedia untuk masuk GV9 kerana urusan bisnes saya dah semakin stabil, jadi saya boleh fokus sebaiknya dalam pertandingan ini.
“Saya akui saingan kali ini amat hebat tetapi saya yakin dengan rezeki Allah, ada sesuatu yang baik menanti saya.
“Apa-apa pun saya beri jaminan, saya akan lakukan yang terbaik demi peminat setia rancangan kegemaran ramai ini,” ujarnya.


Gegarvaganza 9 disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.


Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein berserta dengan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Shafinaz Selamat.

 

Oleh Syahdeen