Warna Rambut Hijau Hanya Gimik Lagu Baru, Hafiz Suip Akhir Cukur Pendek

Penyanyi, Hafiz Suip baru-baru ini telah menjadi sebutan ramai gara-gara tampil dengan imej rambut berwarna hijau.

warna rambut hijau hanya gimik lagu baru, hafiz suip akhir cukur pendek

Hafiz bagaimanapun mengaku keputusan itu dibuat kerana mahu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat dan seterusnya membuatkan orang ramai bercakap mengenai lagu baharunya.

 

Ujarnya, rambut hijau itu tidak bertahan lama dan tak sampai seminggu, beliau telah mencukur rambut dan kembali dengan imej rambut pendek seperti sebelumnya.

warna rambut hijau hanya gimik lagu baru, hafiz suip akhir cukur pendek

Meskipun telah cuba dengan gaya rambut berbeza sebagai gimik untuk memasarkan lagu terbaharu, Hafiz mengakui sebenarnya rindu dengan fasa ketika dirinya berambut panjang.

 

“Kita cuba maintain apa yang ada. So far, tanya orang rumah dulu, dia kata ok rambut pendek senang jaga.

“Sebenarnya saya rindu zaman rambut panjang. Yelah, teringin nak tengok diri saya kurus dengan rambut panjang, sebab dulu masa rambut saya panjang, saya masih berisi.

“Tapi itulah, nak tunggu rambut tu tumbuh makan masa. Jika tanya antara kurus atau rambut, saya pilih rambut sebenarnya, sebab rambut kita ni ibarat mahkota,” kata Hafiz.

 

Stail rambut ikal Hafiz merupakan signatur yang digayakannya sejak menyertai program Akademi Fantasia 7 pada 2009 lagi.

warna rambut hijau hanya gimik lagu baru, hafiz suip akhir cukur pendek

Sejak dari itu, Hafiz tidak pernah menukar gaya rambut sehinggalah tampil dengan imej rambut hijau pada Oktober lalu.

 

Sumber: Gempak