Takut Tercurang, Hafiz Mahamad Minta Isteri Selalu Check Handphonenya

Pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sentiasa mengingatkan isterinya, Syafiqah Aina, untuk sentiasa memerika telefon bimbitnya supaya tiada isu kecurangan.

takut tercurang, hafiz mahamad minta isteri selalu check handphonenya

Menurut beliau, meskipun tidak melakukan perbuatan tersebut, dia tetap mahu isterinya tidak terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya.

 

“Saya selalu bagitahu Aina, ‘Sayang, lelaki ni dekat mana-mana ujian dia adalah itu (wanita). Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga.

“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam tu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian tersebut.

“Walau saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘Jangan percaya sangat abang, kena check juga, phone kena check’. Yelah, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.

“Walaupun saya tak buat, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang-kurangnya ada perasaan takut,” katanya kepada Gempak.

takut tercurang, hafiz mahamad minta isteri selalu check handphonenya

Terdahulu, ramai warganet menasihatkan Hafiz agar tidak menduakan isterinya, selepas pelbagai kontroversi dan isu kecurangan timbul membabitkan selebriti dan pempengaruh tempatan.

 

Sumber: Astro Gempak