Pelakon, Hafidz Roshdi meminta orang ramai agar tidak menghukum seseorang atas kerana satu kesilapan serta terus melupakan segala kebaikan yang pernah dilakukan.
Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi, 29, beliau turut memberikan peringatan buat orang ramai agar tidak terus menghakimi kesilapan orang lain.
"Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia.
"Jangan kerana satu kesilapan dia buat, semua kebaikan dia kita tak nampak," katanya.
Hafidz dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana ramai mendoakan kesejahteraan perkahwinannya bersama isteri, Athira Yuhada, baru-baru ini.
"Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.
"Semoga yang baik-baik untuk saya dan isteri serta yang mendoakan kami," katanya lagi.
Terdahulu, Hafidz selamat bergelar suami kepada Athira Yuhada, pada 16 Disember lalu.
Baca: Selamat Nikah Dengan Athira Yuhada, Ada Netizen Persoal Keadaan Mental Hafidz Roshdi
Beliau sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, dan dikurniakan sepasang cahaya mata, iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. Bagaimanapun rumahtangga pasangan ini tidak berpanjangan apabila mereka akhirnya berpisah pada 27 Julai 2023.
Sumber: BH