Penyanyi, Hael Husaini sanggup menurunkan berat badannya daripada 57 kilogram kepada 50 kilogram dalam tempoh seminggu demi watak dalam drama pertama lakonannya.
Untuk itu, pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi, 36, sanggup hanya makan sayur-sayuran semata sebagai menu dietnya.
“Saya ambil pendekatan berdiet selama seminggu semata-mata untuk tampak lebih kurus,” kata Hael yang membawa watak sebagai Haque Zuhal dalam drama My Famous Ex Boyfriend.
Kata Hael, cara itu nyata berkesan apabila beliau berjaya mendapatkan berat yang diingini dalam tempoh sangat cepat.
“Setiap hari makan sayur-sayuran saja.
“Pengurus pun tegur dan cakap saya dah macam kambing sebab setiap hari makan sayur sahaja.
“Namun, cara ini berkesan dan dapat turunkan berat badan dengan cepat,” kata Hael lagi.
Drama My Famous Ex Boyfriend arahan Hadith Omar turut dibintangi pelakon Qasrina Karim dan Nadhir Nasar.
‘My famous Ex-Boyfriend’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
@syoksyoksyok SYOK Cover: Drama My Famous EX Boyfriend Wow first time ni Hael Husaini berlakon! Baru tengok teaser dah best tu siap barisan pelakon pun semua power-power pulak! Tak sabar nak layan drama ni nanti 👏 #SYOK #syokcover #drama #myfamousexboyfriend #astroria #fyp #fypシ ♬ original sound - SYOK
Sumber: HIB Glam