Had Pengeluaran Bulanan ASB Secara Online Dinaikkan Kepada RM1,000 Sebulan

myASNB adalah portal yang dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

 

Jika sebelum ini, pengguna dihadkan pengeluaran wang simpanan sebanyak RM500 sebulan melalui myASNB, kini had itu dinaikkan kepada RM1,000 sebulan bagi membantu orang ramai yang memerlukan wang simpanan.

had pengeluaran bulanan asb secara online dinaikkan kepada rm1,000 sebulan

Pengguna boleh mengakses maklumat akaun myASNB selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu namun transaksi kewangan pula terhad kepada:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 6.00 petang; dan
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Pemindahan dan Penukaran: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang

 

Pengguna juga dinasihatkan untuk mengemaskini nombor telefon bimbit kerana setiap transaksi yang dilakukan memerlukan kod TAC yang akan dihantar kepada nombor yang didaftarkan. Rujuk laman sesawang MyASNB untuk maklumat lanjut.

 

Sumber: MyASNB