Bermula Esok, Masa Pelanggan Dalam Pusat Beli-Belah Dihad Dua Jam

Bermula esok, 25 Mei, tempoh masa semua pelanggan dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam sahaja.

bermula esok, masa pelanggan dalam pusat beli-belah dihad dua jam

Ia susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat bermula Selasa.

 

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, had jumlah pelanggan dalam semua premis peruncitan dalam satu-satu masa diwajibkan mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.

 

“Waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran dihadkan antara pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Namun bagi kedai farmasi dan penjagaan diri kecuali yang tersenarai di bawah aktiviti tidak dibenarkan seperti spa dan perkhidmatan penjagaan kuku dikekalkan di antara pukul 8 pagi hingga 10 malam,” katanya.

 

Selain itu, had 60 peratus ditetapkan kepada pekerja semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan kompleks beli-belah termasuk pengurusan, operasi dan sokongan.

 

Manakala premis yang tersenarai dalam Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang masih berisiko tinggi selepas penilaian dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditutup serta merta selama tiga hari bagi tujuan sanitasi.

 

Bagi memastikan pematian sepenuhnya kepada SOP yang telah diperketatkan itu, seramai 2,262 orang pegawai penguat kuasa akan digerakkan di seluruh negara.

Sumber: KPDNHEP Laman Rasmi