“Gunalah Otak dan Logik Akal Untuk Berfikir,” – Daiyan Trisha

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu maklumat yang boleh merosakan keharomian negara.

“gunalah otak dan logik akal untuk berfikir,” – daiyan trisha

Memetik kepada hantaran IG Storynya, Daiyan berkata setiap apa yang dikongsikan kita perlulah berbentuk fakta dan bukannya tuduhan atau dakwaan tidak berasas.

 

“Saya sedar sangat mudah untuk kita dapat mesej berbaur sentimen perkauman dan ekstremis yang sedang berleluasa dalam media sosial.

“Sebelum percaya bulat-bulat, saya nak ingatkan bahawa gunalah otak dan logik akal untuk berfikir.

“Jangan pandang remeh isu sensitif dan terlampau ikut emosi tanpa mendalami situasi sebenar yang terjadi,” katanya.

 

Tambah Daiyan lagi, beliau risau jika isu perkauman yang kini hangat diperkatakan akan menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku semula.

 

“Buka mata dan minda kita, pandang ke depan supaya masalah dapat diatasi dan bukan diulangi.

“Saya risau dan takut untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua,” ujarnya.

 

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata lagi semua pihak wajar melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu di media sosial.

 

“Internet dan buku ada. Buat kajian, baca dan belajar serta cari fakta terlebih dahulu.

“Kalau kita boleh taip komen yang tidak berasas, kita juga boleh menulis dalam ruangan carian Google ataupun bertanya orang yang lebih tahu tentang isu-isu yang sedang heboh.

“Saya alu-alukan pengikut saya untuk kongsikan kepada rakan semua tentang pentingnya empati, berakal panjang dan sikap rasional,” katanya lagi.

 

 

Sumber: IG Daiyan Trisha.